Tokyo Oh Tokyo... Part 3

Jadual hari ni memang best. Kenapa best, tunggu... .



Dalam perjalanan pada pagi itu, nampak ramai orang Jepun pergi kerja. Semua jalan kaki. Bukan jalan biasa-biasa tapi jalan laju. Sebab tu lah selama lima hari kat Tokyo, tak nampak seorang pun yang tembam. Kalau bandingkan dengan orang Malaysia ... rasanya jauh dah kene tinggal.


Tak terasa perjalanan pagi tu sebab sedar-sedar je dah sampai kat Imperial Palace. Kat sinilah terletaknya istana Maharaja Jepun. Istana tu jauh lagi dari tempat ambik gambar ni. Siap ada  jambatan yang hubungkan tanah besar dengan pulau tempat istana tu. Nama jambatan tu unik “Jambatan Cermin Mata (Eyeglass Bridge)”. kat sini kami tak dibenarkan buat bising. Sesi ambik gambar sangat singkat, kira-kira 20 minit je.




Eyeglass Bridge
 
Inilah monumen Shogun. Pada zaman dahulu, shogun ni sangat berkuasa dan menjadi tentera yang paling kuat. Kekuasaan Shogun di Jepun berakhir apabila Maharaja Meiji menjalankan dasar buka pintu dengan negara barat.




Yang ini pula pokok bunga sakura. Semasa Jepun menjajah Tanah Melayu, mereka minta supaya penduduk Tanah Melayu menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu sakura. Besarkan poko bunga sakura ni. Memandangkan bunga sakura hanya berbunga selama dua minggu sahaja iaitu awal Apri setiap tahun, maka, tak dapat la tengok bunga sakura di sini.



Tapi yang paling seronok hari ini ialah ke mana lagi kalau tak ke Disneyland... yahoo! Bestnya ...






Mercu tanda Disneyland, istana yang selalu muncul dalam filem dan kartun Disney... puas hati dapat bergambar kat sini.



Inilah istana dalam cerita Alice in Wonderland. Ini istana Red Queen, siap ada pengawal lagi depan pintu.



  



Yang ni barulah Alice. Cantikkan ...


Waktu sampai ke Disneyland, ramai orang duduk lepak-lepak ala-ala berkelah di sepanjang jalan. Ingatkan dia oarang ni penat berjalan, maklumlah tempat ni besar, memang terasa penat. Rupa-rupanya ada perarakan di sepanjang jalan yang penuh dengan orang Jepun ni duduk. Sanggup dia orang duduk berjam-jam nak cop tempat sebab nak tengok perarakan ni, tapi berbaloi la. Memang cukup mengujakan, siap ada nyanyian dan tarian lagi. Banyak watak-watak kartun yang keluar.




Yang naik kereta berhias ni nama dia Hades dari kartun Hercules.





Bila tengok yang ni, hmmm ... ramai yang makan hati sebab tak dapat jumpa Prince Charming, very handsome  tau ... mana tak jadi idaman. Puas hati dapat ambik gambar rapat-rapat sebab Cinderella tak ada ...






Yang ni pulak ... antara karakter filem Disney yang mula-mula, Mary Poppins.






Ha ... nilah watak musang (Big Bad Wolf) dalam kartun Three Little Pigs.






Penat memang penat, tapi rasa penat hilang sebab rasa seronok yang amat sangat. Memang tak terkata seronoknya. Dapat bergambar dengan beberapa karakter disayangi ramai, rasa macam mimpi je.


















No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...