Tokyo Oh Tokyo... Part 4

Hari ke-4, hari-hari terakhir di negara matahari terbit. sebelum check out, sempat lagi berposing di hotel tempat menginap. Malam ni menginap di hotel berdekatan dengan lapangan terbang narita.





Pagi ni ada dua tempat lagi nak dilawati. Pertama, kita pergi ke satu-satunya masjid di Tokyo, masjid Yoyogi. Dalam perjalanan saya ternampak begitu banyak pokok Gingko Bilobaditanam di sepanjang jalan. Apa yang menarik ialah pokok ini dan kekal lama dan tahan akan perubahan persekitaran. Namun yang paling menarik ialah, pokok ini  bertahan sewaktu pengeboman Hiroshima semasa perang dunia kedua pada tahun 1946.




Inilah masjid Yoyogi. Masjid ni dibina dan dibiayai sepenuhnya oleh oleh orang Turki. Dari luar masjid ni macam bangunan biasa je, tapi di dalam sangat cantik.


 
Di hadapan masjid Yoyogi (tingkat 2)

 
Pemegang pintu masjid Yoyogi
 
 
Dalam masjid
 


Dalam masjid
 
 
Bilik bacaan di bawah

Kalau orang tanya tempat paling best di Tokyo tentulah Disneyland, tapi ada satu lagi tempat yang best iaitu Disneysea.


Pintu masuk ke Disneysea
 
Globe terapung oleh air pancut dan berputar


Kalau Disneyland tu bertemakan kartun-kartun dan filem yang membuat kita rasa dibuai macam dalam mimpi, di Disneysea pula kita lebih adventure. Permainan kat sini lebih lasak dan lebih banyak menjerit waaaaaaaaaaaaaaaa ...


  
Bangunan Harrison (nama untuk game lif rosak-Tower of Terror)

Nak main game ni beratur punyala panjang. Tapi sebab teruja (dari pintu masuk lagi dah dengar bunyi jeritan) maka reda je la. Nak tahu hasil game ni... tengok je la gambar kat bawah tu ...
 

Muka-muka takut

Kalau Disneyland, mercu tandanya istana, di Disneysea pula mercu tandanya gunung berapi.


Mercu tanda Disneysea
 
Semasa di sini ramai betul budak-budak sekolah yang datang, kira macam rombongan sekolah la. Pakaian dia oran sama macam dalam kartun Jepun yang selalu kita tonton kat tv. Apalagi, posing la ...


Uniform sekolah
 Semasa berjalan-jalan, ternampak satu permainan yang familiar masa kecik dulu. Jom kita main.


Dah puas pusing-pusing atas patung Buckbeak (nama watak dalam cerita Harry Potter) tu, jom kita main sinbad pulak ... row-row the boat ...


Beratur ye ... kena sabar tau kalau nak main


Dalam terowong ... terima kasih pada dua gadis Jepun yang tolong snap gambar ni



Dah penat main .. terima kasih sebab temankan ye
 Sedar-sedar je dah gelap. Apalagi cepat-cepat pergi shopping sebab dah tiba masa nak ucap bye-bye kat Disneysea.




No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...