Tokyo Oh Tokyo... Part 1


Yamashita Park
Pertama kali jejak kaki ke Tokyo, memang sangat seronok. "Mata baru" orang kata, semua baru, pemandangan baru, orang baru, cuaca baru, semua serba baru. Inilah rupanya negara matahari terbit, ada yang panggil negara ni Nippon (bukan cat nippon ye). Sampai-sampai je kat Tokyo, terus pergi Yamashita Park. Tak payah mandi, gosok gigi dalam flight dan touch-up make-up je, lepas tu terus berjalan.



Yamashita Park - Dewi Air


Yamashita Park - Kapal yang pernah dinaiki Charlie Chaplin

Kapal ni dulunya pernah dinaiki oleh Charlie Chaplin.Warna putih pada rantai yang menambat kapal tu sebenarnya burung merpati putih yang bertenggek. Memang nampak sangat cantik.

Yamashita Park - Beca
 Inilah rupa beca kat Tokyo, cantik sebab berwarna-warni. Bentuk semua sama tapi menarik sebab dihias dengan macam-macam karakter kartun Disney.



Toyota City Showcase

Kat Toyota City Showcase ni macam-macam kereta ada, tapi semua jenama Toyota. Basikal pun ada juga. Kereta Race pun dipamer sekali. Kalau nak beli cenderamata memang banyak, yang penting ada Yen sahaja.



Basikal elektrik




Kereta F1 - Jarno Trulli yang pandu

 

Wish terbaru setakat ini



Ni yang paling bangga, kereta touring PETRONAS


Dah puas tengok kereta, tengok pula mainan kat Toy Park. Masa tu sambutan Halloween, macam-macam hantu ada, ada yang tinggi, rendah, gemuk, kecil dan besar menghantui Toy Park. Kat sini juga ada banyak butik, kira salah satu syurga bagi yang gemar bershopping.






Kalau sebut pasal shopiing, confirm tak puas sampai bila-bila pun, jadi pergi pula tempat shopping di Nakamise (ala-ala CM gitu). Kat sini barangan yang dijual lebih tertumpu pada barangan cenderamata, kraftangan dan alatan tradisional. Dapat juga bergambar dengan satu-satunya gadis Jepun yang berpakaian kimono lengkap, memang nampak sopan sangat. Menurut ibu bapanya, dia baru berumur 21 tahun dan baru balik dari tokong untuk minta restu, sebab tu kena pakai kimono.




No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...